Pelayan Hotel

Jumaat, 18 Februari 2011

Mari bercerita tentang makanan Tradisional bersama Chef megat

Di petang yang indah..setelah kucing jiran aqu melihat aqu pulang kerumah dalam keadaan yang kebulor...dan die pun sebok dok merengek.."miaww2" kat kaki aqu...di ingat aqu nie kucing betina ke...? nak je aqu karate kepale incik kucing nie... tapi sambil menahan lapar aqu pon online la jap..dok pk ape la yang aqu nak update ariney...lagi pun cacing dalam perut aq nie dah buat band nyayi lagu amy search"Isabella"..so aq dok pk ape la aqu nak buat nie..tapi nasib baik la incik awek memberikan aqu idea yang bernas...maka tercipta la tajuk ariney nie..:-

 Pengenalan
-'Nasi Tupe atau nasi tumpang merupakan sejenis makanan tradisional kelantan

Sejarah
~Nasi tumpang merupakan makanan yang terkenal di negeri pantai timur khususnya di negeri Kelantan. Nasi yang digunakan agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu nasi tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang akan turun ke laut.
~Nasi tumpang juga merupakan sejenis makanan tradisional Kelantan.Dipercayai ianya telah dipasarkan di sekitar kota Bharu terutamanya di Pasar Kubang Pasu sejak berpuluh tahun yang lalu.Ianya sejenis makanan yang dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk kon.Dimana nasinya diletakkan bersilih ganti(layer) dengan lauknya.Kebiasaannya lauknya terdiri daripada udang,ikan,sambal (serunding) ikan,gulai dan telur dadar.Nasinya agak lembik menyerupai nasi himpit.
~Dipercayai,asalnya nasi tumpang ini adalah salah satu hidangan di-raja,tetapi telah dijadikan sebagai bekalan oleh mereka yang mengembara serta mereka yang ke laut memandangkan ianya lambat basi dan mudah dibawa,kini ianya dijual dipasar-pasar terutamanya di Pasar Kubang pasu namun dalam kualiti yang semakin menurun kerana popularirinya yang kian di pandang sepi.


Yang ni la contoh nasi Tumpang yang siap dibungkus! Menarik bukan?

Ni adalah contoh nasi tumpang yg lauknye udang dan serunding daging.

Ni plak nasi tumpang lauknye gulai ikan kuning.Nampak best x?hehe



Rumusannya

~ Nasi tumpang nie dipanggil nasi tupea di Kelantan.ianya blh dimakan waktu breakfast,tengahari pun blh.blh kata  semua waktu sesuai dimakan.kalau ingin mencuba boleh la mencubanya hehe.buat sendiri pun boleh tapi takut nanti xmenjadi je hahaha! Kelebihan nasi tumpang nie org tua2 xde gigi tu pun blh makan jgk haha.nty bila kita tua2 gigi dah luruh makan la nasi tumpang nie je hahaha! Tp sedap jugak 2 hehe.Org sakit pun boleh mkn jugak…kalau rasa nak buat sendiri boleh la belajar dengan org Kelantan yer! 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan