ari ini hariku bermula. Aku bangun dengan perasaan yang gembira. Hari yang ditunggu bakal tiba. Sudah hampir lima tahun lamanya sejak kali terakhir aku berjumpa dia. Hari ini, buat pertama kalinya kami akan berjumpa. Perjumpaan semula yang diaturkan oleh Nadiyah memberi harapan kepadaku untuk memikat hati dia. Harapanku, kali ini moga aku berjaya. Aku berlari menuju ke dalam bilik air. Aku bersiap secantik yang mungkin. Aku mengenakan kemeja ungu hitam yang dihadiahkan ibu bulan lepas. Mukaku hanya disolek ringkas. Padaku ringkas itulah kecantikan yang paling menarik. Telefon bimbitku tiba2 berbunyi. Mengganggu konsentrasiku mengenakan celak di mataku. Nama Nadiyah tertera di skrin.
"Helo,"
"Iman, dah siap belum? Aku dah nak sampai ni."
"Kejap. Nak pakai celak je. Kau kat mana?"
"Depan rumah. Nak masuk takut kat ibu kau."
kata2 Nadiyah itu membuatku tergelak kecil.
"Alahai masuk ajelahh. Aku nak inta pendapat kau ni. Kejap ye aku turun jemput kau masuk." kataku lalu menuju ke pintu bagi menjemput Nadiyah masuk.
"Astaghfirullah.. Iman, kau ni bersolek ringkas benar. Mari aku solekkan." Kata Nadiyah. Lalu membuka almari yang terletak di hujung bilik. Mulut kata mahu menyolekkan namun dia mengambil sehelai baju berwarna merah. Baju yang jarang aku pakai. Aku hanya menurut kata Nadiyah bak lembu dicucuk hidung. Jika tidak, boleh tidur aku mendengar bebelannya.
"Nad, please.. Iman tak mahu disolek tebal2. Iman tak selesa. Kau kenal aku bukan Nad? Please.." rayuku. Sesungguhnya aku memang tak suka gaya solekan Nadiyah. Untuk dirinya mungkin nampak cantik. Namun bagiku, aku lebih suka bersolek ringkas.
"Okay, aku pakaikan eyeshadow dengan celak je okay? Dengan lipstik ni sikit." kata Nadiyah.
Aku hanya mengangguk. Aku hairan mengapa Nadiyah kali ini beriya-iya mahu aku kelihatan amat menarik. Sedangkan niat kami hany untuk menemui senior2 lama. Setelah aku disolekkan oleh Nadiyah, kami turun. Sebelum keluar, aku menemui ibu dan ayahku bagi bersalaman dengan mereka. Ibu dan ayah sempat juga memujiku kerana penampilanku kali ini amat menarik serta sedap mata memandang. Apa selama ini adakah penampilanku buruk sangat? Mungkin kali ini, baju merah yang aku pakai dipadankan dengan selendang putih bercorak merah hati amat padan dengan warna kulitku iaitu putih kemerahan. Aku dan Nadiyah keluar ke bandar dengan mnaiki kereta Toyota Vios Hitam milik Nadiyah yang baru dimilikinya dua hari lepas sempena hari lahirnya yang ke 18 tahun.
* * *
"Danish, kau okay takk? Macam cacing kepanasan je aku tengok kau ni. Duduklah diam2." tegur Hakimi. Dia tidak selesa melihatkan Danish yang sedari tadi ulang alik di hadapannya. Malah Kamal pun sudah menggelengkan kepalanya. Farah yang duduk bersebelahan dengan Kamal juga hairan dengan perlakuan Danish pada hari itu. Mungkin dia resah kerana perancang pertemuan mereka pada hari itu masih lagi belum tiba.
"Emm, kenapa Nad tak tiba lagi ni?" kata Danish.
"Before Nad tiba aku nak tanya pada kau. Kau ni betul2 ke suka pada Nad? Kalau suka, apa lagi kau kena bertindak cepat." kata Kamal. Farah dan Hakimi di sebelahnya sudah tersenyum penuh makna.
"Heishh. Kau ni. Aku dengan Nad tu kawan. Tak ada apa2 okay. Lagipun, dia kan junior kita kat sekolah dulu. Dia juga jenis yang suka contact aku. Lainlahhh....." kata2 Danish terhenti. Matanya terpandang akan kelibat yang sudah lama dia tidak temui. Yang amat dirindui.
"Lain apa Danish?" tanya Hakimi. Namun Danish terpaku. Matanya masih lagi melihat ke arah tingkat bawah. Hakimi, Kamal dan Farah bingung dengan Danish yang berubah secara tiba2.
" Nad, aku nak ke toilet dululah. Tiba2 rasa nak terkucil. Kau naiklah dulu. Kat Season kann?" kata Iman. Nadiyah sudah mula membuat muka cebiknya.
"Kau nak terkucil ke kau rasa gugup nak jumpa orang yang kau dah tunggu lima tahun. Suruh terus terang tak nak." bidas Nadiyah. Berdesing telinga Iman mendengarnya. Namun, oleh sebab dia tidak mahu bertekak, Iman hanya diam. Dia terus berjalan menuju ke tandas. Nadiyah pula bergerak ke kafe Season yang terletak di tingkat dua.
"Hai Guys. Lama tak jumpa. Apa khabar?" tegur Nadiyah sebaik sahaja tiba di meja kawan2 merangkap seniornya. Hakimi tersenyum. Hatinya berdetik bahawa Nadiyah masih lagi seperti dahulu. Pandai bergaya dan agak seksi. Gaya seksinya itulah yang dia kurang gemari.
"Cik kak. Kau janji pukul berapa, pukul berapa kau sampai? JM lahh kau ni!" usik Kamal. Nadiyah bukanlah lewat sangat.
"JM? Apa tuu?" tanya Nadiyah. Dia bingung.
"Janji Melayu." kata Kamal lagi.
Hakimi ketawa melihat muka Nadiyah yang bingung itu. Farah turut menyertai Hakimi ketawa. Danish, masih lagi melihat ke arah tingkat bawah.
" Ada orang macam tak sedar aku dah tibalah Kimi." kata Nadiyah lalu duduk di sebelah Hakimi. Dia merapatkan kerusinya dengan kerusi Hakimi. Sengaja. Danish pusing. Niat di hati mahu menumpukan dengan apa yang mereka katakan sebelum dia terlihat kelibat tersebut.
"Eh? Bila kau tiba Nad?" tanya Danish. Sah dia tidak sedar Nadiyah tiba tadi. Nadiyah menepuk dahinya. Hakimi dan Kamal tersenyum penuh makna. Farah pula sibuk menahan ketawanya yang bakal tercetus kuat.
"Kau ni angau ke? Kau tengok siapa kat bawah? Iman?" tanya Nadiyah. Sengaja dia menyebut nama sahabtanya itu. Masing2 menyimpan perasaan yang sama namun masih menafikan. Danish diam. Cuba menahan perasaannya yang bergetar apabila mendengar nama Iman disebut. Dalam hatinya hanya da Nurul Iman. Dia pasti. Namun adakah Nurul Iman juga merasai perasaan yang dia rasai sekarang?
"Emm, Kak Farah, jom ke sana kejap. Nad nak tunjuk baju yang Nad nampak tadilah. Nak tanya pendapat sesuai tak untuk orang yang bertudung." kata Nadiyah. Dia tahu Danish tidak akan membalas kata2nya.
"Naj bagi siapa? Nurul Iman? Baik suruh Danish bagi je." Usik Farah. Lalu mereka berdua beredar. Sampai sahaja di luar kafe, Nadiyah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor handphone Iman. Dia sengaja menyuruh Iman memegang kunci keretanya. Kononnya mahu Iman mengambil barang yang tertinggal di dalam kereta. Padahal barang tersebut sengaja ditinggalkannya. Sementara melengahkan masa Iman untuk tiba di Kafe Season yang mereka janjikan.
"Iman, kau boleh tolong tak? Aku tertinggal handphone lagi satulah kat dalam kereta. Tolong ambilkan. Aku letak kat dashboard."
"Kau ni Cuai!" kata Iman sebaik mendengar kata2 sahabatnya itu. setelah gagang telefon diletakkan, dia menuju ke kereta semula untuk mengambil handphone Nadiyah.
"Danish, kau jangan nak buat2 tak tahu apa yang kita orang nak cakapkan. Kau masih lagi simpan perasaan pada Iman?" tanya Kamal apabila hanya mereka bertiga di situ. Danish tersentak . Dalam banyak2 soalan, mengapa soalan ini yang ditanyakan?
"Em, kalau ada lagi pun, belum tentu Iman suka padaku." jawab Danish. Padanya, sudah tidak berguna lagi dia mahu menyembunyikan perasaannya. Lagipun Hakimi dan Kamal dia sudah kenal sejak mereka berada di tingkatan satu hinggalah ke universiti. Mereka bertiga memang rapat.
"Kau terus terang ajelah. Kau tak tahu ke yang dia tunggu kau?" kata Hakimi pula. Mereka tahu cerita yang sebenarnya pun daripada Nadiyah. Rancangan yang diaturkan juga adalah rancangan Nadiyah.
"Mengarut! Aku pasti dia tak suka aku." kata Danish. Namun di hatinya sedikit riang. Jika benar kata2 Hakimi itu, dialah orang yang paling bahagia.
Telefon bimbit Kamal berbunyi. Dijawabnya pantas. Dengan muka yang risau, dia menerangkan kepada Hakimi dan Danish dia perlu membantu Farah yang pengsan. Kamal menyuruh Hakimi dan Danish tinggal di kafe untuk menunggu Nurul Iman yang masih lagi belum muncul2. Keadaan di antara Hakimi dan Danish sunyi sepi. Hakimi sengaja diamkan dirinya. secara tiba2, mukanya berkerut.
"Danish, aku nak ke toilet. Dah tak tahan sangat ni." kata Hakimi lalu berlari keluar. Danish tenang bersendirian di kafe tersebut. Rakan2nya akan tiba semula sebentar lagi. Dia yakin tentang itu.
Dengan hati yang berdebar2, Nurul Iman berjalan masuk ke dalam kafe Season. Telefon bimbit milik Nadiyah digenggamnya rapi. Dahinya berkerut apabila mendapati tempat yang disebut Nadiyah dalam sms semasa dia di dalam tandas tadi hanya ada seorang lelaki. Dia tidak tahu siapa gerangan lelaki itu kerana lelaki itu membelakanginya. Nurul Iman berjalan ke arah meja tersebut dengan perlahan.
"Assalamualaikum, aaa...." kata2 Nurul Iman terhenti apabila lelaki tersebut menoleh ke arahnya. Dia rasakan seperti mahu rebah ke lantai. Mahu bersembunyi di celah2 kerusi meja di kafe tersebut. Kakinya secara tiba2 menggigil. Jantungnya berdegup laju.
"Ehh.. Emm,. Dddaa.. Danish. Mana yang lain2?" kata Nurul Iman.
"Iman,, emm,, duduklah dulu. Tadi farah denagn Nad pergi tengok baju. Tapi, Farah pengsan. Kamal tolong. Sepatutnya aku and kimi kena tunggu kau. Tapi Kimi sakit perut. So, dia ke toilet,. Emm,, Ii.. Iman apa khabar? Apa yang Iman buat sementara tunggu result SPM ni?" tanya Danish lembut. Dia juga berasa seolah-olah dia gagap. Namun dia berasa cukup bahagia kerana dapat melihat wajah yang dia sangat rindui selama ini.
"Owhh. Em,, [gulp]" Nurul Iman gagap. Suasana sepi. Masing2 tidak tahu topik apa yang patut mereka cakapkan. Masa berlalu dirasakan seperti siput babi melintas jalan. Dari jauh terdapat 4 pasang mata yang melihat sandiwara yang berlaku di dalam kafe tersebut. Masing2 berharap sama ada Danish ataupun Nurul Iman memulakan bual bicara yang pertama.
"Iman, emm,, nak tanya soalan peribadi boleh?" tanya Danish.
"Apa?" jawab Nurul Iman lembut. Suaranya sudah cukup membuat Danish berada di awangan.
" Iman dah ada boy?" tanya Danish. Dia kini tidak peduli akan perasaan malunya. Jika benar gadis di hadapannya itu masih bersendiri, dia akan cuba memikat hati gadis itu. Dia rasakan dia seperti sudah sayang akan gadis tersebut.
Muka Nurul Iman merona merah. 'Dalam banyak2 soalan, soalan inikah yang patut kau tanyakan Danish?Aku menunggumu sejak perasaan itu berputik terhadapmu.' Nurul Iman dapat rasakan dahinya berpeluh.
"Belum. Iman tunggu seseorang. Tapi, entahlah. Rasanya penantian Iman hanya sia2 saja kot." Jawab Nurul Iman. Danish tersenyum. Dia suka kerana Nurul Iman masih belum berpunya.
"Kalau orang tu pun suka Iman?" tanya Danish lagi.
Jantung Nurul Iman berdegup semakin laju. Soalan apa yang ditanyakan Danish ini? Buat dia berasa seperti nak pitam sahaja. Nurul Iman diam. Dia malu untuk menjawab soalan tersebut. Soal hati dan perasaan tidak patut dikongsikan dengan sesiapa. Itulah pendapat Nurul Iman.
"Maaf Iman. Cuma hati orang di sini dah tak tertahan menaggung rindu. Tak tertahan membayangkan Iman bersama orang lain. Iman, sudi tak iman jadi teman istimewa Danish? Danidh tahu kita jarang bercakap apatah lagi berhubung. Namun, Danish dah sayangkan Iman sangat." kata Danish. Dia tahu tindakannya nampak amat kebudak budakan. Namun dia sudah tidak peduli. Dia mahu memiliki hati Nurul Iman. Dia pasti rasa sayangnya hany untuk Nurul Iman. Nurui Iman diam. Dia kaku. Tiba2 tangannya dipegang lembut oleh Danish. Danish membelai tangannya yang sejuk seperti air batu itu.
"Iman sayang.. Kalau Iman tak sudi tak apa. Danish tahu orang yang Iman tunggu itu buak Danish. Namun berilah Danish peluang ye Iman?" kata Danish lagi. Risau dia Nurul Iman hanya kaku di hadapannya. Tangan Nurul Iman dirasakan amat sejuk. Mungkin tindakannya menakutkan Nurul Iman. Tiba2 tangan Danish di genggam kembali. Namun genggaman tersebut lemah.
"Danish, memang Danishlah orang yang Iman tunggu. Ternyata tak sia2 Iman tunggu selama lima tahun." Kata Nurul Iman lalu tersenyum gembira.
"Okaylah, jom kita berjalan berdua. Kawan2 kita biarkan sahaja. Lambat sangat." kata Danish. Dia mahu bersendirian bersama Nurul Iman. Mereka berdua bangun menuju ke kaunter. Namun, sebelum sempat Danish mengeluarkan wang untuk membayar bayaran air yang telah dipesan, Hakimi, Nadiyah, Farah dan Kamal muncul entah dari mana. Muka mereka terpancar sinar kegembiraan. Apa yang belaku tadi mereka saksikan sendiri dari luar. Rancangan ynag dirancang mereka tidak sia-sia.
"Alhamdulillah. Lepas ni aku nak kau jaga Iman baik2. No more clash2. Aku tak suka,. Iman ni amat setia menunggu kau. Semoga kalian kekal sampai ke alam perkahwinan seterusnya sehingga ke tua." ucap Nadiyah yang ternyata gembira dengan apa yang ditempuhi rakannya itu. Danish dan Nurul Iman hanya senyum. Hanya hati sahaja yang tahu betapa bahagianya mereka sekarang ini. Semoga kebahagiaan mereka kekal selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan